Monday 26 November 2012

culture day'12

Assalamualaikum...

Tak kenal maka tak cinta.. Pada 3 & 4 november 2012, perubatan cawangan tanta telah mengadakan satu event yang dinamakan sebagai culture day. Tujuan program ni diadakan adalah untuk memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia dan Mesir.


Conference Hall, Tanta University.

 



Antara budaya Malaysia yang diperkenalkan kepada orang arab adalah tentang budaya perkahwinan orang melayu, silat, dikir barat, kompang, dll...








Ok, nie plak adalah budaya ( tarian) orang arab..

1. Tarian gelek arab ( Raqs Shar'qi)





 2 lagi tarian kt bawah nie tak tau la plak nama dye.. huhux..





Sebelum majlis berakhir, lagu tema majlis ( One Big Family- Maher Zain) dinyanyikan oleh pelajar melayu dan arab .





Sekian...

Wednesday 31 October 2012

aidiladha in egypt '12

Assalamualaikum..


                                   


Tahun ini merupakan kali ke-2 beraya di bumi mesir. Alhamdulillah, aidiladha tahun ini disambut dalam keadan aman dan meriah walaupun berada jauh di perantauan. Sehari sebelum Aidiladha, kita akan menyambut hari Arafah (9 zulhijjah) dan seperti biasa salah satu masjid disini akan mengadakan majlis Iftar Jamai'e. So, sape2 ( pelajar Malaysia) yang ingin mknn free untuk berbuka puasa boleh la mengambilnya di masjid.


Hadis dari Abu Qatadah r.a. yang  menceritakan; Nabi SAW ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

 Antara pengisian sempena Aidiladha di Tanta, Mesir.

                              

26 OCTOBER 2012, HARI RAYA PERTAMA

                       

                              

                               

Ok, waktu subuh di sini adalah dalam pukul 4.40 pg. Jadi, kami dimaklumkan bahawa solat sunat hari  raya di istad (stadium) bermula pada pukul 6.30 pg. Jarak dari rumah ke istad lebih kurang 20 minit berjalan kaki. So, sampai sahaja di istad, imam dah pun memberi salam terakhir.. huhuu.. Terkilan la jugak coz dh berjalan jauh untuk sembahyang raya berjemaah, tp tak sempat plak. Akhirnya, solat di rumah aje la.. 

                                 

Selesai sahaja bersarapan, kami ke Dewan Pelajar Tanta (DPT) untuk program kursus korban dan jamuan..

Hari raya aidiladha tahun nie best cbb ramai yg buat open house. hehee. =D Sape yang tak suka kalau bab makan kn?? lagi-lagi bila di perantauan nie. Rendang ayam, rendang daging, soto, kuah kacang, lontong, dll menjadi hidangan antara 7 buah rumah yg buat open house. 


27 OCTOBER 2012, HARI RAYA KEDUA

Majlis sembelihan korban diadakan pada hari raya ke-2. 

           
                                   [SAADAH 1433H]

Sabtu 27/10/2012
7.00 pagi: Majlis Sembelihan dan Lapahan Korban

11.00 pagi: Gotong-royong

*korban akan diadakan di belakang DPT
*setiap ahli sila bawa alatan pisau untuk melapah

datanglah beramai2 untuk sama2 kita melapah haiwan korban. moga tadhiyyah (pengorbanan) kita diterima dan diredhai-Nya. 

''Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) dengan kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat), maka solatlah untuk Tuhanmu dan lakukanlah korban (sebagai tanda bersyukur)" 

Al-Kauthar, 1-2. 

SIRAH DISUSURI TADHIYYAH DIHAYATI.



kullu sanah wa entum toyyibin malaysia!!!


Sunday 28 October 2012

KLIA-ABU DHABI-CAIRO-TANTA

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, pada 14 october 2012 (6 ptg) zati dan kawan-kawan yg lain selamat sampai di bumi Tanta setelah pulang ke Malaysia pada cuti musim panas. Perjalanan yg memakan masa selama 10 jam utk sampai ke Cairo sangat memenatkan. Tak termasuk dengan transit di Abu dhabi selama 10 jam + 1 jam delay. Perjalanan dari cairo airport ke tanta pula mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan menaiki van.



"Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Siapa saja yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberikan kepadanya kemudahan jalan menuju syurga." - Sahih, At-Tirmidzi [2646]
Untuk makluman, waktu di Abu Dhabi lewat 4 jam daripada Malaysia. So, kena sentiasa alert supaya tak terlepas flight. Disebabkan 11 jam transit, so terasa dahaga la plak. So, pergi la ke cafe untuk membeli air mineral Aquafina dan harganya adalah AED 6. Apa AED tu??? Alahai, kenapalah tak tulis dalam USD jer,.. kn senang. Jadi dengan berbekalkan duit sebanyak 60 USD, pergi la beli air tu.. Rupanya, harga dye 2 USD. Kesimpulannya, sebelum ke sesebuah negara tu, tgk dulu currency dyeorg. Jadi nak bgtau, 1 AED = 0.27 USD.

                                                       

Ok, kt bwh nie ade beberapa keping gambar di Abu Dhabi International airport. Enjoy it. =D

                                          


                                     

                                          

                                          
                                

                                          

                                          

Sekian..

Saturday 23 June 2012

Salam imtihan

Bismillahirrahmanirrahim-


3 paper jer lagi + oral anatomy.. but, only Allah know how i feel inside and outside. I've a long things to do list right after exam. 





"Apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yg bertawakal kepadaNya" [3;159]



bitaufiq wannajah
may Allah grant us peace.
may Allah ease every single thing.
shoot for mumtaz ok?
Selamat berjuang teman2 juga diri sendiri. :)

Tahniah egyptian... Doctor Mohammed Mursi is the first Egyptian President of the republic elected by the people. Allhamdulillah. =D

Tuesday 24 January 2012

aidiladha in egypt '11

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya exam midterm dah pon habis. Winter break!!! hehee.. Post kali nie nk cter cket psal hari raya aidiladha pertama di bumi kinanah pada tahun lepas (2011). Sambutan Hari Raya Aidiladha di sini sngt berbeza dan boleh dikatakan sngt meriah.


Sehari sebelum hari Raya Aidiladha, salah satu masjid kat sini ada buat majlis Iftar Jamai'e sempena Puasa Sunat Yaumul A'rafah (Hari Arafah). Kebanyakan tetamu pada malam itu ialah orang-orang Malaysia yang tinggal di sekitar itu..


Malam tu pula, ada Majlis dinamakan sebagai: HARMONI 11'..
Satu Program yang dianjurkan oleh DPMT (Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta) & PCT (PERUBATAN Cawangan Tanta) sempena sambutan Aidiladha.. malam nie la, pelajar Msia berkumpul utk solat sunat tasbih dan mengalunkan takbir raya. Takbir raya di egypt x semerdu mcm msia.. hehee..

(makluman, subuh sini masuk 4:45am.. hee)
Kami dimaklumkan yang solat hari raya akan didirikan di Istad bersama penduduk-penduduk Tanta,, So, solat sunat aidiadha bermula pukul 6 am.. awalnye..(,")




Jalan utk ke istad(stadium) mmg cbuk. Ramai sngt yg keluar utk smyang raya. Mmg terkejut gak r coz terlampau ramai.. x mcm msia.. Satu perkara menarik lg ialah, akan ade bnyk belon yg djual kt sepanjang jalan. Mmg dh jd tradisi dyeorg jual belon sempena raya. Kadang terpikir gak," nie nk pergi smayang ke nk pergi party"?.. hehee.. disebabkan zati pergi istad agak lambat, so, terpaksalah solat kt atas tanah jer coz dh xde tempat. First time smyang mcm nie.. Tp, sesape yg duk mesir, akan terbiasa dgn smua nie.


Selepas solat sunat aidiladha, zaty ke tempat sembelihan.. khutbah raya x dngr coz xpaham gak ape yg dye ckap (in arab). Sebanyak 4 ekor unta, 38 ekor kambing dan 5 khoruf disembelih.. Khoruf nie mcm kambing, tp bulu dye lebat. Rupa-rupanya orang-orang arab sini pun jarang tengok unta,, atau mungkin tak pernah agaknya..Unta ni  diimport dari Giza (Kawasan Padang Pasir yang ada Piramid tu)


Oh,, sebenarnya orang-orang sini budaya sembelihannya tak sama mcm kt Msia.. Mereka akan sembelih binatang korban mereka dirumah atau di dalam garaj dyeorg.. itulah sebab zati hairan, tak nmpak plak binatang korban yang diorang tambat dekat sekitar rumah diorang, diorang memang letak dalam rumah & buat korban pun dalam rumah..So, apabila orang Msia sembelih kat satu area, diorang pun ramai2 kluar tengok. Kirenye jakun jugak ar dyeorg..

Zati x tgk abes pon dyeorg sembelih coz zati n senior pergi ziarah ke rumah2 yang buat rumah terbuka.. Masa nie la dpt merasa mknn msia.. hehee..


Keesokkan harinye, DPMT & PCT menganjurkan jamuan sempena Aidiladha & Majlis Walimatul Urus untuk 3 orang senior-senior sini yang sudah berkahwin..

Rasanya, sampai cni jer la pengalaman berhari raya di bumi anbia buat tatapan keluarga dan sahabat-sahabat.. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..