Tahun ini merupakan kali ke-2 beraya di bumi mesir. Alhamdulillah, aidiladha tahun ini disambut dalam keadan aman dan meriah walaupun berada jauh di perantauan. Sehari sebelum Aidiladha, kita akan menyambut hari Arafah (9 zulhijjah) dan seperti biasa salah satu masjid disini akan mengadakan majlis Iftar Jamai'e. So, sape2 ( pelajar Malaysia) yang ingin mknn free untuk berbuka puasa boleh la mengambilnya di masjid.
Hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi SAW ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).
Antara pengisian sempena Aidiladha di Tanta, Mesir.
26 OCTOBER 2012, HARI RAYA PERTAMA
Ok, waktu subuh di sini adalah dalam pukul 4.40 pg. Jadi, kami dimaklumkan bahawa solat sunat hari raya di istad (stadium) bermula pada pukul 6.30 pg. Jarak dari rumah ke istad lebih kurang 20 minit berjalan kaki. So, sampai sahaja di istad, imam dah pun memberi salam terakhir.. huhuu.. Terkilan la jugak coz dh berjalan jauh untuk sembahyang raya berjemaah, tp tak sempat plak. Akhirnya, solat di rumah aje la..
Selesai sahaja bersarapan, kami ke Dewan Pelajar Tanta (DPT) untuk program kursus korban dan jamuan..
Hari raya aidiladha tahun nie best cbb ramai yg buat open house. hehee. =D Sape yang tak suka kalau bab makan kn?? lagi-lagi bila di perantauan nie. Rendang ayam, rendang daging, soto, kuah kacang, lontong, dll menjadi hidangan antara 7 buah rumah yg buat open house.
27 OCTOBER 2012, HARI RAYA KEDUA
Majlis sembelihan korban diadakan pada hari raya ke-2.
kullu sanah wa entum toyyibin malaysia!!!