Thursday, 2 October 2014

Gigi cOmelku..

Assalamualaikum..

Hai semua,.. 22 sept 2014 adalah pengalaman yg tak dpt dilupakan..I had surgery to remove my 3 wisdom teeth and i was put under general anesthesia. So, doctor akn bius penuh sampai tertidur bcoz for sure i am not willing to see all the special tools during my operation are on going.. SCARYYYYY kot.. 

Pukul 7.30 pg pegi ke hospital. Masuk day care ward, timbang berat, amek tekanan darah, sign concern dan nurse suruh salin baju. Ada 3 org yg akn buat surgery ni dan zati org yg last sekali. Jadi terpaksalah tunggu turn utk ke bilik bedah sampai kul 12. 

Kul 12, nurse dtg sruh pegi toilet dulu sebelum msuk OT cbb kt dlm sejuk. Masa ni mmg takut sangat. Yelaa, first time pegi hospital jd pesakit. Sebelum ni, melawat org sakit jer. Ditambah plak bila tgk pesakit sebelum zati yg dah siap operate, yg lemah semacam jer lagi la menakutkan.

Bila masuk pintu pertama, ramai nurse yg tggu . Lebih kurang 7 org. Masa ni la rasa menyesal kot buat surgery ni. Perasaan neves tu tak usah nak ckp la. Rasa nak cabut balik rumah time tu. Mmg tawakal dan berserah jer la. Pastu, nurse sruh baring atas katil then dieorg tolak msuk pintu ke2 dan tggu dlm 5 minit sbelum ke bilik bedah no 15.

First time msuk bilik bedah, putih jer suasana bilik bedah. Selepas jer Zati diangkat ke katil bedah, terus pakar bius masukkan drip kt tangan. 6 kali jugak doc ni cucuk tangan cbb tak dapat2, sampai doc ckp kalau tak dapat jugak kita buat kat kaki.. Adoi, seram btul la.. Tp, nasib baik la kali ke-6 tu dpt.. huhuu.  Masukkan drip ni xdela sakit sngt, tp kali ke-5 cucuk tu mmg sakit. maybe doc tersilap kot sampai dia pon cakap sorry..

Pastu, doctor pakaikan topeng ala2 oksigen, kt badan diletak wayar apa ntah utk jantung, dan kt kaki dia buat apa xtau la tp ad angin dr bwh. Masa dalam OT, dieorg mmg sangat pantas wat keje. Nmpak cool jer dieorg ni. hahaa.. Then,..

Doctor : Adk, doc nk msukkan ubat.,, so, sakit sikit yer..
Nurse  : ( dia dtg pegang kepala, bgtau,) Adik, baca bismillah, mengucap bnyk2 ...

Haah, tu la ayat last sekali dngr, pastu terus  tak sedar apa2. Sedar2 jer nampak lampu operation yg besar tu. Macam baru bangun dr mimpi. Masa sedar rasa pelik la, ktmne aku ni,.. Then, dngr doc pakar bius ckp..

Doctor : Eh, adk ni dah sedar dah.. kejap jer , 10 minit.

Lepas tu, terus tertidur semula, sampai tak sedar langsung bila dieorg tolak keluar dr dewan bedah. Sedar semula, mulut dah penuh kapas n oxygen mask still dieorg pakaikan. Then, datang la doctor pakar bius bgtau... 

Doctor : Adik, sorry.. tadi masa operation...... ( dia berhenti ckp)
Aku     : (Dalam hati) Apa dah jadi ni.. ada masalah ape2 ke td.
Doctor : Ada sorg doctor nie tercucuk tangan dia masa operation tadi. Jadi, sy nak amek darah adik  sikit yer. sori..
Aku     : Fuhh.. legaaaa... Alhamdulillah..

Pukul 2ptg, barulah ditolak keluar ke wad. Time nak beralih ke katil wad tu, terpaksalah angkatkan badan sikit. Masa ni, rasa cam ada batu besar tindih kat perut.. Sakit oi... Di wad, alhamdulillah tak pening, cuma rasa lemah la sikit. Bila dah ok, nurse bg air milo sejuk dan aiskrim. 

Dalam pukul 3.30ptg, doc pakar bius dan dentist dtg tgk samada ok ke tak. Yang lucunya, bila dtg sorg doc ni, dieorg tnya something, n gelak.. Bila ditanya, doc tu ckp la yg dia la orgnya yg tercucuk kt jari tu n dia ckp ok xde apa2.. Huhuu, kesian plak..

Pukul 4.30ptg, dah boleh blk ke rumah. Sakit.?? Sejujurnya, alhamdulillah tak sakit langsung lepas operation smpailah skrg.. Berdenyut tu ada la dekat area jahitan tu, tp still boleh tahan. Yang tak best tu cbb ada jahitan dalam mulut, darah, dan nak mkn susah. Lepas operation, tekak akan rasa sakit disebabkn tiub pernafasan yg dieorg masukkan. So, nk telan air liur tu agak perit la sikit. Hari ke-2, muka dah mula bengkak mcm chipmunk. Hahaaa..

Next appoinment, 30sept 2014. Semuanya ok, cuma masalahnya limited mouth opening..So, doc sarankan sruh wat bnyk exersice mulut cbb saiz bukaan mulut skrg hanya 2 jari. Normal 3 jari.. Bayaran utk operation RM53.. 3 kali appoinment RM10. So, total RM63..  Servis di hospital kerajaan mmg superb, cuma nak menunggu giliran utk appoinment aje yg malas tu,..

I would have to say that i would rather being under GA, than to be awake during the procedure. Honestly,? It was fine, i went to sleep with them, woke up without them.. So, sape2 yg nk wat surgery utk impacted 3rd molar, jgn nervous. trust your dentist!! I wish you the best of luck..

# Doakan supaya bukaan mulut sy kembali normal... n moga jahitan cepat2 la hilang coz nak mkn susah + sakit bila mknn trlekat celah jahitan..


Gigi comelku
Surgery for 38, 48 n extraction for 28









Monday, 30 June 2014

winter break 2014

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tahun nie dpt la juga meluangkan masa sepanjang cuti winter ke alexandria. Tu pon last minute baru nak plan pegi alex, lps jer dpt tahu yang cuti dipanjangkan selama sebulan...

Kami ke sana dgn train.. Train kt sini ade 3 class.. Class pertama hrga dia 30 le (selesa) ,  kalau class ketiga ( cap ayam) tu murah la cket.. Untuk class 3, suasana dia sebijik mcm cerita hindustan... org duk menjual macam2 dlm train. Bau hancing tu tak usah nak cakap la..



Kami check-in di green plaza hotel.. Everything is just nice, but its quite expensive. Hotel kt egypt ni, dieorg tak kira ikut bilik.. tp, dia kira charge setiap seorang.. AND.., part yang lucu masa breakfast.. I advise you not to expect too much.. Seriously, bila tgk sarapan yg dieorang hidangkan, terus hilang mood makan.. Totally, its not same as in Malaysia...




yg nie jer la mknn yg dsediakan utk breakfast + omelette + roti + cornflakes





City centre.. 1st time, jumpa mall yg laungkan azan bila waktu solat..  n yg paling respeknyer bila ramai yg pegi ke surau mall nie utk solat berjemaah.. 



Tempat nie, sama jer mcm post yg sebelum nie.. 





Sunday, 16 February 2014

i'm tired


Bismillahirrahmanirrahim..




Ya Allah,
Make me a stronger person today. Make me a better person out of all these. You are the only One who knows how i feel. I know You are listening. Help me get trough this. Ya Allah, give me the strength.

apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka keseronokkan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan kekal”.-Saidina Ali bin Abi Talib.

 Allah, give me the strength I need.

i don't go anywhere, i'm just here and trying so hard to be a certified dentist..


Wednesday, 23 October 2013

Pharonic village

Salam..

Its all about my class trip to pharonic village (perkampungan firaun), cairo. It's a good place for the knowledge of Egyptian Pharaonic History, it begins with boat tour explaining Ancient Egyptians daily life along the river and their activities in agriculture, irrigation, care for animals and their equipment and also old pharaonic houses, most important kings in Ancient Egypt.. Let's picture talk.




















Saturday, 11 May 2013

RESPONSIBILITY

Salam..


1. Alhamdulillah baru jer sampai ke rumah setelah ke cairo (jaulah kelas ke pharoanic village- perkampungan firaun). Juz nk share ttg responsibility. Td, ad 2 org ikhwah yg blum solat. so, dyeorg solatlah kt laluan pjalan kaki betul2 dsebelah jalan raya. (klu kt mesir ni normal jer).. nak djadikan cter, slpas sje takbir, ternmpak la sorg lelaki arab dtg dkt ikhwah ni . Dye membetulkan kedudukan posisi badan ikhwah tu mghadap ke arah kiblat yg betul dan terus masuk ke keretanya semula.. Apa yg menariknya ktcni adalah lelaki arab tu sanggup berhentikan keretanya di bahu jalan dan keluar utk membetulkan posisi ikhwah yg sedang solat. Kesimpulannya, setiap org mempunyai tangunggjawab sesama manusia.



2. Sejak akhir-akhir ni, bnyk kes rompakan yg mnggunakan pisau, parang, pistol berlaku terutamanya kpd pelajar Malaysia. So, ramai pelajar Malaysia yg dah tak berani keluar malam. Disebabkan kami sampai ke Tanta daripada cairo pada pukul 11 malam, terpaksalah kami meredah malam utk pulang ke rumah. Sistem musyrif yg dgunakan disini sedikit sebanyk mengurangkan ketakutan terutamanya buat akhawat. 


Jadi, hidup dalam komuniti yg kecil, tanggungjawab sesama manusia amat penting sebab kte memerlukan antara satu sama lain. 

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,
maka damaikanlah di antara dua saudara kamu.."
(Surah Al-Hujuraat, ayat ke 10)

              

insyaAllah, pengalaman di pharoanic village akan diceritakan ktcni slpas abes exam 6t.. study3x.. heheee.



Saturday, 23 March 2013

Promise..

Assalamualaikum....



One day in lecture of oral histology with doctor Olfat..

Dear students..,

I advise you to  understand well the oral mucosa because the normal structure of the oral mucosa make you difficult to differentiate well in your clinic, and in your patient. So, if you don't understand well, you can't differentiate between the normal and the malignant structure of oral mucosa.

So, when you make the diagnosis to the patient, you will said to the patient it is normal structure, no problem, and just brush your teeth.. But, actually the patient maybe suffering in squamous cell carcinoma ( can be fatal )

Please my students, I want you to PROMISE me to understand the structure of oral mucosa, physiological and pathological very well. Because if you don't understand very well, you will be responsible for the DEATH of your patient.

Promise ok..

Students : InsyaAllah....

Dan jangan sekali-kali egkau mengatakan terhadap sesuatu ' aku pasti melakukan itu esok pagi' kecuali dengan mengatakan ' INSYAALLAH'


Tuesday, 5 February 2013

Bahariya Oasis

Assalamualaikum..

“DIAlah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula” 
(al-Mulk, ayat 15)

Jikalau tahun lepas winter break dihabiskan dgn sibuk berpindah rumah, tp tahun ini Bahariya oasis menjadi destinasi utama. Trip selama 3 hari ini memakan belanja sebanyak 420 LE.


Hari pertama 1 febuari 2013

Pada pukul 3 pagi, zati dan kawan-kawan  bertolak ke Cairo dan berkumpul di Azhari Bistro di Sabie'. Kami dimaklumkan akan bertolak ke Bahariya Oasis pada pukul 5.30 pagi. Namun, disebabkan masalah tertentu, jam 8 barulah kami mula bertolak dengan menaiki bas. Bahariya terletak sejauh 360 km dari Cairo. So, perjalanan ke sana mengambil masa selama 6 jam, agak lama dan bosan sebab sepanjang perjalanan adalah padang pasir. Akhirnya, pada pukul 2 petang, kami tiba di chalet.


Selepas makan tengah hari, kami menaiki jip yang disediakan untuk ke beberapa tempat. Sebanyak 16 jip disediakan. 1 jip boleh memuatkan seramai 6 orang. Jip yang kami naiki dipandu olah pak cik arab yang sporting. hahaa. means, kalau jip lain pandu atas jalan, dia pulak pandu atas pasir. So, nie adalah first time merasa pengalaman drift kt padang pasir. Melompat-lompat kami dalam jip tu. Yela, selama nie tengok dalam tv jer. Memang best sangat..



Bangga bila tengok bendera Malaysia berkibar kat padang pasir ni.
Air panas



Apa yang pak cik tourist guide tu bgtau, air panas ni adalah hasil daripada kesan gunung berapi suatu masa dahulu. Sekarang, air panas nie digunakan untuk mengairi tanaman seperti pokok zaitun dan dll.

Salt lake 




Tasik ni dipanggil salt lake sebab airnya masin. Pelik sebab biasanya laut yg masin kan? Permandangan di sini sangat cantik dan hanya ucapan subhanallah  yang terucap.. Sepanjang perjalanan, banyak soalan yang tiada jawapan. Yela, sebelum nie tak terlintas pun di padang pasir wujudnya tasik yang luas dan tersangat cantik macam ni.

Mountain


Tak tau nama gunung ni apa. 
English mountain


English mountain


Another climbing to the English Mountain, to have on the sunset. Di atas gunung ni terdapat sebuah rumah yang dibina oleh seorang penjajah inggeris iaitu Sir William. Rumah ni dibina dengan menggunakan batu dan pasir. Dan sebenarnya, rumah ni besar, tapi disebabkan dah lama dibina jadi runtuh la sikit demi sikit. Pada zaman dahulu, tempat ni menjadi tumpuan untuk dijajah disebabkan kawasan in terletak ditengah-tangah antara negara-negara lain. Pak cik tourist guide pun ada cakap yang bahariya terletak di sempadan Libya.

Selepas melihat sunset, kami pun pulang ke chalet. Aktiviti pada malam tu adalah merayau-rayau di sekitar chalet dan Zzzzzz..

Hari kedua 2 Febuari 2013

Black desert





Black desert terhasil kesan daripada letusan gunung berapi. Pak cik tourist guide cakap yang letusan berlaku 25 juta tahun dahulu ( betul ke tidak tak tau la cbb semua tempat dia cakap 25 juta tahun- hahaa ). Jikalau perasan, bentuk gunung berapi ni menyerupai jari-jari tangan. Kat sini juga, rangka dinasour ditemui. Tetapi dinasour tu dah dibawa ke muzium di Amerika. Dikatakan, dinasour tu panjangnya 150 meter.

Zigzag mountain



Di sini terdapat batu yang bewarna dan dikatakan digunakan untuk kegunaan temple. Entahlah, sebab masa ni tak concentrate apa yang pak cik tu cakap. Lain kali pay attention, time pak cik tourist guide explain yer..

Sand dunes



Tak berani nak berdiri masa luncur. So, duduk pun  takpe la. 


Kali ni kami dibawa pula untuk sandboarding. Seronok sangat time ni. Pasir kat sini jauh lebih halus dari pasir kat pantai.

Selepas itu, kami ke cafeteria untuk makan dan solat sebelum ke kawasan perkhemahan.

White desert



bentuk ayam

Bentuk cendawan
Kawasan ini digelar white desert kerana adanya batu-batuan putih. Batu-batuan ini menyerupai pelbagai bentuk seperti ayam, cendawan, dan dll. Mengikut pak cik driver kami, kawasan padang pasir ini dahulunya  adalah laut dan batuan putih tu adalah batu karang. tergamam kami seketika. Yela, kawasan padang pasir ni dulu adalah laut..?? subhanalllah ..


Kami tiba di tapak perkhemahan pada waktu malam. Malam tu, kami ada BBQ. Unggun api menjadi penyelamat daripada kesejukan malam. Tak pernah rasa sesejuk ni. Menanti pagi, hanya Allah yang tahu betapa sengsara. Dengan suhu dibawah 4 degree, huhh mmg menggeletar satu badan.. Walaupun kami dah diberi sleeping bag dan selimut, tapi still terasa sejuk. Ada diantara kawan yang melilau kat padang pasir dan dapat la diorang tengok tahi bintang. Zati tak join diorang sebab tak tahan sejuk.

Paginya, kami bertayammum untuk solat subuh. First time in my life buat tayammun. Sebelum ni buat amali kat sekolah jer.  Ok, pengalaman yang paling lucu adalah bila nak ke toilet. Kat padang pasir ni mana ada toilet!!! Toilet open ada la. Jadi, tandas kami adalah dibina dengan dilindungi oleh teman-teman, di atas padang pasir, dan di sebalik batuan putih..

Hari ketiga 3 Febuari 2013

Flower mountain



Ok, kat sini best sebabnya banyak batu kecil yang comel-comel macam bunga boleh jumpa kat sini. Batu ni tak macam biasa, sebab kita boleh jumpa silver ataupun metal dalam batu ni kalau kita pecahkan. Lagipun, kalau ketuk batu ni, bunyinya macam besi yang diketuk. Dikatakan, kawasan ini ada kaitannya dengan nabi Yunus. Ingat tak, yang nabi Yunus pernah berada dalam perut ikan Nun? Jadi, kawasan ni adalah tempat di mana nabi Yunus dimuntahkan oleh ikan Nun.

El-akabat

Kat sini, xde gambar sebab masa ni dah letih. Fikir nak balik Tanta jer.. hahaa.

Crystal mountain




First time tengok gunung kristal. Biasanya tengok kristal kat kedai jer, tak pun masjid kristal.. =D Cantik sangat. Kalau terkena matahari, berkilau-kilau kot.


Pada pukul 4 petang, kami pun bertolak pulang ke Cairo. Pengalaman berada di padang pasir memang best.

Busy life started again 
Dah hampir sebulan cuti winter, kuliah dah nak start. Doakan yang terbaik untukku disini yer. Moga musafirku ini, musafir yang diredhai-Nya.

Wassalam...