Friday 14 October 2011

the fooD..

Assalamualaikum..

Dah lama x update blog coz cbuk cket (dah start claz).. Post kali nie, nk cter pasal makanan di dewan mkn asrama. Totally, x sesedap mcm mknn kt msia. Dan bnyk kali gak la zati n roomate renew balik mknn yg dyeorg bagi.. cbb ad mknn yg mmg x lalu nk mkn. Erm, org arab nie xmkn mknn pedas.. So, mknn dyeorg kebnyakannye tawar ataupun masin. huhux.=( pepOn, jom tgk mknn apa yg dyeorg bg nie....
Mcam biasa, menu dye x sah klu xde kentang n ncix dye mesti ad mee.. Yg bujur kt sbelah knn tu, mcm daging kisar yg dicampur bawang. Rasa dye ala-ala mcm daging burger.
Ok, nie plak makaroni.. Makaroni nie best cket coz ad la rasa cket. Cbb, kadang-kadang dyeorg bg makaroni yg dicampur dgn minyak jer. Klu dyeorg bg yg mcm tu, mmg kteorg akn basuh makaroni tu n renew semula.
Nie, makaroni jugak.. Cuma yg nie kecik2 cket. Makaroni nie keras cket. Dkat cni, ayam yg dyeorg bg mmg besar(1/4).. Sometime, org arab dpt setengah drpd seekor ayam. Hahax, mmg bnyk la dyeorg mkn.
Utk breakfast, biasanya kteorg diberi bubur, telur 2 biji dan laban(susu)..

Setakat nie jer kot post kali nie..hehee..
wassalam..

Sunday 2 October 2011

jaulah to cairo

Assalamualaikum..

ok, post nie nk cter cket psal jaulah ke cairo anjuran PCT- persatuan pelajar perubatan Malaysia mesir cawangan tanta... Jaulah nie ke 4 tempat iaitu kubu sultan salahuddin al-ayubi, masjid 4 mazhab, makam imam al-syafi'e dan piramid giza. Perjalanan dari tanta ke cairo lbey kurang 1 jam lbey dgn menaiki tramco.
Kubu sultan salahuddin al-ayubi.. Keseluruhannya, sultan salahuddin mempunyai 4 kubu. Kubu pertahanan yang utama di cairo. Kubu ke-2 terletak di Taba berhampiran sempadan Israel manakala 2 lagi kubu terletak di Jordan dan Syria. Panglima agama ini merupakan seorang ilmuwan dan ahli ibadat yg sngt menjaga solat berjemaah. Kubu nie mmg besar dan bley lihat ada hakisan di kubu dicbbkn oleh peluru masa perang pada zaman dahulu..
Sebelah kiri gambar sebenarnya terusan.. Terusan ni bley mengalirkan air dr bwh bukit ke atas bukit. Pelik kn? Tp, skrg sebahagian terusan dh runtuh coz negara perancis (klu x clap), runtuhkan terusan nie sebab cemburu dgn seni bina org islam...
Masjid 4 mazhab. Masjid nie mendapat julukan masjid yg termahal di antara masjid-masjid di mesir. Keistimewaan masjid ni adalah dinding dye yg sangat tinggi dan pintu masuk masjid ni dipercayai merupakan pintu masuk tertinggi di mesir. Selain sebagai tempat ibadah, masjid ni juga berfungsi sebagai madrasah 4 mazhab fiqih iaitu syafi'e, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Sape2 yg ke cairo, zati sarankan pergi la ke masjid nie.. coz anda akan merasa kagum dgn seni bina masjid ni. Pengalaman yg best sangat.. Nak tengok apa yg ada kt dalam masjid nie? Jom...
Nie tempat amek wuduk. Tengok simple jer kn? Tp, mengambil masa 3 tahun tanpa henti utk bina tempat wuduk ni. Kalau duduk bawah kubah tu, rasa mcm ada aircond coz sejuk..
Nie plak madrasah untuk mazhab syafi'e.. Atas madrasah nie, ada tempat tinggal bg pelajar yg belajar di cni..
Makam anak sultan salahuddin. 

Rehal yg digunakan oleh sultan Salahuddin utk mengaji. Besar kan?

Zaman dahulu mikrofon xde,.. Jadi org trdahulu telah reka kubah masjid nie sehinggakan azan boleh dilaungkan ke kawasan sekitar masjid tanpa guna mikrofon. Kalau x caye, try la azan dlm masjid nie. mmg bergema dan mmg best sngt bunyi dye...
Di sebelah masjid 4 mazhab terdapat masjid lain.. Nama masjid tu x ingat.. Tapi yang paling kagum dgn seni bina org dahulu ialah di antara kedua-dua masjid nie terdapat laluan.. Di laluan ni, dptlah rasa angin yg kuat coz sebenarnya ia dibina di laluan angin.


Ni la dye masjid yg xingt namanya... Tp, yg pasti, nama masjid nie diberi berdasarkan nama seorang ulama. huhux=( Dalam masjid nie terdapat makam ulama tersebut, makam raja Farouk, dan ada banyak lagi laa.. Untuk pengatahuan, raja Farouk nie merupakan seorang raja yg zalim. Dan kalau ingat balik gambar  yg ada dalam post zati di alexandria : setiap batang pokok kurma melambangkan seorang gundik raja Farouk., manakala gambar pagar istana yang tajam2, melambangkan kekejaman raja Farouk.
Ni masjid sultan Hasan. Seni bina masjid ni lebih kurang sama jer dgn masjid Sultan Ahmed di Instanbul, Turki.
Makam imam Al-Syafi'e terletak di masjid As-syafi'e. Dekat atas masjid nie, ada kapal kan? Sebenarnya kapal tu melambangkan ilmu yang dimiliki oleh imam Al-Syafi'e yg luas mcm lautan..
 Kalau dulu, masa belajar pendidikan islam kt sekolah just tengok gambar dlm buku tesk jer. Tp, skrg alhamdulillah coz bkn jer dpt tengok sendiri makam imam Al-Syafi'e, tp dpt berdoa lg dpn makam ni..

Berhampiran dgn makam imam Al-Syafi'e, terdapat kesan tapak kaki nabi Muhammad s.a.w.. 



Last sekali, kami ke piramid giza. Merupakan satu drpd 7 keajaiban dunia. Struktur binaannya yang besar boleh dilihat drpd bulan dan suhu di dlm piramid tetap sama walaupun suhu di luarnya berubah coz utk pengawetan mumia dibuat..Untuk tourist student yg nak masuk ke kawasan piramid kena bayar sebanyak 30 L.E.. Kalau nak masuk ke dalam piramid kena bayar lebih lagi laa..
Rasanya, cukuplah sampai cni jer post utk kali nie.. Jaulah ke cairo memang seronok sebab dapat tahu banyak sejarah pasal islam. Seronok gak coz hajat nak makan ayam masak kicap tercapai,,.hehee..
 wassalam..

Monday 26 September 2011

hostel

assalamualaikum..
Post kali nie nk cter psal hostel gamaah tanta.. Gamaah maksudnya universiti.. Hostel nie terletak di siber bay. Kebanyakan rumah senior tinggal di ma'arad. Dari siber bay ke ma'arad lebih kurang 10 minit kalau naik tramco.   Tramco nie van, bayar 25 sen jer. Hostel nie ad 5 tingkat utk international student. Tingkat 3 utk student dari negara china. Dyeorg di tanta selama 1 tahun utk belajar bahasa arab.. Tingkat 4 dan 5 plak utk pelajar malaysia..Setiap floor ada 10 bilik, dapur,bilik basuh, tandas, dan surau.
Laluan untuk ke hostel.
hostel
Hostel nie ada lif, tp kadang-kadang jer bley guna.. Pintu lif nie mcm pintu bilik, bukan automatic..
permandangan dari luar balkoni bilik pada waktu siang.
Permandangan diluar balkoni bilik pada waktu malam. Cahaya warna-warni tu surau.


Surau

Dewan makan.
Makanan di hostel. Ncix dye bukan macam msia. ncix arab nie mcm ncix pulut dan dye campur mcm mee dekat ncix tu. Beras msia laagiiiii besttt!!!! Tepi kentang tu daging rebus. Kat atas tu ada roti mcm roti tempayan tp keras. Teringin nak makan ncix berlauk kt msia.. Huhux..=(








Sunday 25 September 2011

alexandria

Assalamualaikum...
hehee, dah ad broadband etisalat.. Agk lama jugak proses nk buat broadband nie..Alhamdulillah semua dh selesai.. Ok, post kli nie nk cter plak pasal vacation di alexandria.. Dari tanta ke alex lebih kurang 120 km..
pantai alex.. 
lagi..
dan lagii... hehee, sebenarnya ad banyak lg gambar pantai alex nie.. tp, xpe la..Laen kali jer la tgk coz dh mlaz nk upload nie.
Kalau x clap, nie istana.. 

ok, nie plak library dkt alex. Ad org ckp, dkt dinding bgunan nie ad smua jenis tulisan kt dunia nie.. Zati ad gak r cari tulisan melayu, tp x jumpa r plak..

planetrium.. Sebelah jer dgn library alex.. Dekat cni ad jgak arca alexander the great,.Ad gambar tp x cantik r.. tgk laen kali la yerk.. Lpas round area nie, kami pon dibawa lah ke rumah qas untuk rehat.
Makanan tengah hari.. Tengok cam sedap, tp bez lagi ncix kt msia.

castle.. Nk masuk kena bayar 5 pound.. Ingat nk masuk la., tp x bnyk masa coz dh nk balik tanta..

ice cream 5.50 l.E.. Murah dan sngt besar. Ice cream kt mesir x mcm msia, dye mcm lekit cket.. Kalau dtg mesir mesti kena cuba ice cream dyeorg.. Best..!!!
Pokok kurma.. Ok, gambar kt bawah nie psal permandangan kt alex.. Masa nie dh on the way nk balik tanta.. Enjoy it..


Banyak lg gambar.. Tp dcbbkan mlaz nk upload, nie jer la yg zati sempat post utk kali nie.. Esok ad claz arab 3 jam.. huhux,. Salam..






  





Wednesday 14 September 2011

the journey

Assalamualaikum..
Post nie zati ceritakan cket pasal perjalanan zati ke tanta, mesir.

Nie di kLIA pada 13 september 2011. Flight dalam pukul 10.55 a.m dengan penerbangan gulf air yang ambil masa 7 jam untuk sampai ke bahrain dan transit untuk 1 malam di bahrain..  7 jam dalam flight mmg membosankan.
nie passport dan tiket ke bahrain.
gambar nie masa di bahrain airport dalam pukul 6.05 p.m waktu msia. kalau waktu bahrain dalam pukul 1.45 p.m.
Nie gambar dkt dalam van untuk ke delmon hotel. Di bahrain, negara dye bersih dan agak mewah. Memang susah nak cari kereta yang buruk kt cni.
Nie salah satu mall di bahrain. nama dye harbour mall. Besar kan?
nie plak lulu centre. hehe, mcm cter ana lulu plak kn?
Bangunan gulf air.
delmon hotel bahrain tempat bermalam sebelum penerbangan seterusnya ke cairo pada esoknya iaitu 14 september 2011.
Nie lobby hotel. Waktu di bahrain lewat 5 jam dari msia.
Egypt plak lewat 6 jam dr msia. Jd sape2 nk ke bahrain kena tahu la dan jgn jd mcm zati clap tgk jam. Nasib baik x lewat. huhux...
bahrain airport.Tp, still x ley lawan KLIA.
Penerbangan seterusnya pada pukul 9.35 pg waktu bahrain. Dari bahrain ke airport cairo ambil masa selama lebih kurang 3 jam. 
Sebelum naik flight untuk ke cairo, sempatlah jalan-jalan dekat airport bahrain. Tp, gambar x amek sangat. Nie jer yang ada.
nie gulf air yg zati naik utk ke cairo.Masa nak landing mmg agk mencemaskan coz abes bergegar kapal terbang.. 
Dalam flight. Tunggu giliran nak keluar.Masa nie di cairo.
Cairo international airport. 
Perjalanan dari cairo ke tanta lebih kurang 2 jam. masa nie zati naik bas. Kebanyakan bangunan di sini mcm x siap. Tp, ada jer org tinggal kt rumah tu.. Sepanjang perjalanan, macam-macam yg zati nampak. Contohnya kemiskinan, kotor cbb sepanjang jalan penuh dengan sampah, orangnya kasar dan sempat gak la tengok orang bergaduh dekat tengah-tengah jalan. Masa nie, baru zati rasa bersyukur sangat-sangat coz menjadi rakyat Malaysia. Di tengah jalan yang agak cbuk, ada ramai r jugak penjual yang jual barang2 dari sebuah kereta ke kereta lain. Mcm cter hindustan r.
Pada pukul 6 ptg, sampailah dekat hostel tanta. Kami pelajar dari agensi qas disambut oleh senior2.. Mereka sangat baik dan telah banyak menolong kami.
Asrama Universiti tanta.. 1 bilik 3 orang.. 
Ok, rsanya setakat nie utk post kali nie. Ada masa zati akan cter lagi penglaman zati di tanta. BERSYUKURLAH MENJADI ANAK MALAYSIA..