Tuesday 5 February 2013

Bahariya Oasis

Assalamualaikum..

“DIAlah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula” 
(al-Mulk, ayat 15)

Jikalau tahun lepas winter break dihabiskan dgn sibuk berpindah rumah, tp tahun ini Bahariya oasis menjadi destinasi utama. Trip selama 3 hari ini memakan belanja sebanyak 420 LE.


Hari pertama 1 febuari 2013

Pada pukul 3 pagi, zati dan kawan-kawan  bertolak ke Cairo dan berkumpul di Azhari Bistro di Sabie'. Kami dimaklumkan akan bertolak ke Bahariya Oasis pada pukul 5.30 pagi. Namun, disebabkan masalah tertentu, jam 8 barulah kami mula bertolak dengan menaiki bas. Bahariya terletak sejauh 360 km dari Cairo. So, perjalanan ke sana mengambil masa selama 6 jam, agak lama dan bosan sebab sepanjang perjalanan adalah padang pasir. Akhirnya, pada pukul 2 petang, kami tiba di chalet.


Selepas makan tengah hari, kami menaiki jip yang disediakan untuk ke beberapa tempat. Sebanyak 16 jip disediakan. 1 jip boleh memuatkan seramai 6 orang. Jip yang kami naiki dipandu olah pak cik arab yang sporting. hahaa. means, kalau jip lain pandu atas jalan, dia pulak pandu atas pasir. So, nie adalah first time merasa pengalaman drift kt padang pasir. Melompat-lompat kami dalam jip tu. Yela, selama nie tengok dalam tv jer. Memang best sangat..



Bangga bila tengok bendera Malaysia berkibar kat padang pasir ni.
Air panas



Apa yang pak cik tourist guide tu bgtau, air panas ni adalah hasil daripada kesan gunung berapi suatu masa dahulu. Sekarang, air panas nie digunakan untuk mengairi tanaman seperti pokok zaitun dan dll.

Salt lake 




Tasik ni dipanggil salt lake sebab airnya masin. Pelik sebab biasanya laut yg masin kan? Permandangan di sini sangat cantik dan hanya ucapan subhanallah  yang terucap.. Sepanjang perjalanan, banyak soalan yang tiada jawapan. Yela, sebelum nie tak terlintas pun di padang pasir wujudnya tasik yang luas dan tersangat cantik macam ni.

Mountain


Tak tau nama gunung ni apa. 
English mountain


English mountain


Another climbing to the English Mountain, to have on the sunset. Di atas gunung ni terdapat sebuah rumah yang dibina oleh seorang penjajah inggeris iaitu Sir William. Rumah ni dibina dengan menggunakan batu dan pasir. Dan sebenarnya, rumah ni besar, tapi disebabkan dah lama dibina jadi runtuh la sikit demi sikit. Pada zaman dahulu, tempat ni menjadi tumpuan untuk dijajah disebabkan kawasan in terletak ditengah-tangah antara negara-negara lain. Pak cik tourist guide pun ada cakap yang bahariya terletak di sempadan Libya.

Selepas melihat sunset, kami pun pulang ke chalet. Aktiviti pada malam tu adalah merayau-rayau di sekitar chalet dan Zzzzzz..

Hari kedua 2 Febuari 2013

Black desert





Black desert terhasil kesan daripada letusan gunung berapi. Pak cik tourist guide cakap yang letusan berlaku 25 juta tahun dahulu ( betul ke tidak tak tau la cbb semua tempat dia cakap 25 juta tahun- hahaa ). Jikalau perasan, bentuk gunung berapi ni menyerupai jari-jari tangan. Kat sini juga, rangka dinasour ditemui. Tetapi dinasour tu dah dibawa ke muzium di Amerika. Dikatakan, dinasour tu panjangnya 150 meter.

Zigzag mountain



Di sini terdapat batu yang bewarna dan dikatakan digunakan untuk kegunaan temple. Entahlah, sebab masa ni tak concentrate apa yang pak cik tu cakap. Lain kali pay attention, time pak cik tourist guide explain yer..

Sand dunes



Tak berani nak berdiri masa luncur. So, duduk pun  takpe la. 


Kali ni kami dibawa pula untuk sandboarding. Seronok sangat time ni. Pasir kat sini jauh lebih halus dari pasir kat pantai.

Selepas itu, kami ke cafeteria untuk makan dan solat sebelum ke kawasan perkhemahan.

White desert



bentuk ayam

Bentuk cendawan
Kawasan ini digelar white desert kerana adanya batu-batuan putih. Batu-batuan ini menyerupai pelbagai bentuk seperti ayam, cendawan, dan dll. Mengikut pak cik driver kami, kawasan padang pasir ini dahulunya  adalah laut dan batuan putih tu adalah batu karang. tergamam kami seketika. Yela, kawasan padang pasir ni dulu adalah laut..?? subhanalllah ..


Kami tiba di tapak perkhemahan pada waktu malam. Malam tu, kami ada BBQ. Unggun api menjadi penyelamat daripada kesejukan malam. Tak pernah rasa sesejuk ni. Menanti pagi, hanya Allah yang tahu betapa sengsara. Dengan suhu dibawah 4 degree, huhh mmg menggeletar satu badan.. Walaupun kami dah diberi sleeping bag dan selimut, tapi still terasa sejuk. Ada diantara kawan yang melilau kat padang pasir dan dapat la diorang tengok tahi bintang. Zati tak join diorang sebab tak tahan sejuk.

Paginya, kami bertayammum untuk solat subuh. First time in my life buat tayammun. Sebelum ni buat amali kat sekolah jer.  Ok, pengalaman yang paling lucu adalah bila nak ke toilet. Kat padang pasir ni mana ada toilet!!! Toilet open ada la. Jadi, tandas kami adalah dibina dengan dilindungi oleh teman-teman, di atas padang pasir, dan di sebalik batuan putih..

Hari ketiga 3 Febuari 2013

Flower mountain



Ok, kat sini best sebabnya banyak batu kecil yang comel-comel macam bunga boleh jumpa kat sini. Batu ni tak macam biasa, sebab kita boleh jumpa silver ataupun metal dalam batu ni kalau kita pecahkan. Lagipun, kalau ketuk batu ni, bunyinya macam besi yang diketuk. Dikatakan, kawasan ini ada kaitannya dengan nabi Yunus. Ingat tak, yang nabi Yunus pernah berada dalam perut ikan Nun? Jadi, kawasan ni adalah tempat di mana nabi Yunus dimuntahkan oleh ikan Nun.

El-akabat

Kat sini, xde gambar sebab masa ni dah letih. Fikir nak balik Tanta jer.. hahaa.

Crystal mountain




First time tengok gunung kristal. Biasanya tengok kristal kat kedai jer, tak pun masjid kristal.. =D Cantik sangat. Kalau terkena matahari, berkilau-kilau kot.


Pada pukul 4 petang, kami pun bertolak pulang ke Cairo. Pengalaman berada di padang pasir memang best.

Busy life started again 
Dah hampir sebulan cuti winter, kuliah dah nak start. Doakan yang terbaik untukku disini yer. Moga musafirku ini, musafir yang diredhai-Nya.

Wassalam...





2 comments:

  1. salam. maaf ganggu, nak tanya, awak pergi dengan agent mana? zaujah saya teringin nak pergi. terima kasih

    ReplyDelete