Wednesday 30 January 2013

Dumyat Mesir

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pada 27 januari 2013 zati berpeluang ke salah satu negeri (muhafazah) di Mesir yang tak kurang hebatnya dari segi pelancongan iaitu dumyat. Perjalanan dari Tanta ke Dumyat mengambil masa lebih kurang 3 jam. Dumyat merupakan sebuah tempat yg sangat cantik, bgunan yg tersusun dan penduduknya pun tak ramai. Macam bandar yg tak berpenghuni.. huhuu..

                                                              We love Malaysia!!!


Pantai dumyat

Selepas itu ke Ra's al bahr, iaitu tempat di mana pertemuan antara Sungai Nil dan laut Mediterranian di mana disebut dalam Al-Quran:  

 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu. Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. (Surah ar-rahman, ayat 19-20).


Ditempat ini juga, dikisahkan bahawa nabi Musa a.s berjumpa dengan nabi khidir a.s untuk belajar (surah kahfi, ayat 60-82)

So, sesiapa yang belum tahu mengenai kisah antara nabi musa a.s dgn nabi khidir a.s, bolehlah baca Quran tafsir yer.. =D






Ok, ni peta yg menunjukkan bermulanya sungai Nil di Afrika, seterusnya ke Burundi, Rwanda, Congo. Tanzania, Kenya, Uganda, Ethiopia dan berakhir di Mesir ( 6650 km).

Mengikut perancangan, kami akan ke Port Said ( tempat membeli-belah). Tetapi, disebabkan berlakunya rusuhan disana yg mengorbankan berpuluh nyawa, jadi terpaksalah dibatalkan untuk keselamatan...

Sekian..



No comments:

Post a Comment