Tuesday, 5 February 2013

Bahariya Oasis

Assalamualaikum..

“DIAlah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula” 
(al-Mulk, ayat 15)

Jikalau tahun lepas winter break dihabiskan dgn sibuk berpindah rumah, tp tahun ini Bahariya oasis menjadi destinasi utama. Trip selama 3 hari ini memakan belanja sebanyak 420 LE.


Hari pertama 1 febuari 2013

Pada pukul 3 pagi, zati dan kawan-kawan  bertolak ke Cairo dan berkumpul di Azhari Bistro di Sabie'. Kami dimaklumkan akan bertolak ke Bahariya Oasis pada pukul 5.30 pagi. Namun, disebabkan masalah tertentu, jam 8 barulah kami mula bertolak dengan menaiki bas. Bahariya terletak sejauh 360 km dari Cairo. So, perjalanan ke sana mengambil masa selama 6 jam, agak lama dan bosan sebab sepanjang perjalanan adalah padang pasir. Akhirnya, pada pukul 2 petang, kami tiba di chalet.


Selepas makan tengah hari, kami menaiki jip yang disediakan untuk ke beberapa tempat. Sebanyak 16 jip disediakan. 1 jip boleh memuatkan seramai 6 orang. Jip yang kami naiki dipandu olah pak cik arab yang sporting. hahaa. means, kalau jip lain pandu atas jalan, dia pulak pandu atas pasir. So, nie adalah first time merasa pengalaman drift kt padang pasir. Melompat-lompat kami dalam jip tu. Yela, selama nie tengok dalam tv jer. Memang best sangat..



Bangga bila tengok bendera Malaysia berkibar kat padang pasir ni.
Air panas



Apa yang pak cik tourist guide tu bgtau, air panas ni adalah hasil daripada kesan gunung berapi suatu masa dahulu. Sekarang, air panas nie digunakan untuk mengairi tanaman seperti pokok zaitun dan dll.

Salt lake 




Tasik ni dipanggil salt lake sebab airnya masin. Pelik sebab biasanya laut yg masin kan? Permandangan di sini sangat cantik dan hanya ucapan subhanallah  yang terucap.. Sepanjang perjalanan, banyak soalan yang tiada jawapan. Yela, sebelum nie tak terlintas pun di padang pasir wujudnya tasik yang luas dan tersangat cantik macam ni.

Mountain


Tak tau nama gunung ni apa. 
English mountain


English mountain


Another climbing to the English Mountain, to have on the sunset. Di atas gunung ni terdapat sebuah rumah yang dibina oleh seorang penjajah inggeris iaitu Sir William. Rumah ni dibina dengan menggunakan batu dan pasir. Dan sebenarnya, rumah ni besar, tapi disebabkan dah lama dibina jadi runtuh la sikit demi sikit. Pada zaman dahulu, tempat ni menjadi tumpuan untuk dijajah disebabkan kawasan in terletak ditengah-tangah antara negara-negara lain. Pak cik tourist guide pun ada cakap yang bahariya terletak di sempadan Libya.

Selepas melihat sunset, kami pun pulang ke chalet. Aktiviti pada malam tu adalah merayau-rayau di sekitar chalet dan Zzzzzz..

Hari kedua 2 Febuari 2013

Black desert





Black desert terhasil kesan daripada letusan gunung berapi. Pak cik tourist guide cakap yang letusan berlaku 25 juta tahun dahulu ( betul ke tidak tak tau la cbb semua tempat dia cakap 25 juta tahun- hahaa ). Jikalau perasan, bentuk gunung berapi ni menyerupai jari-jari tangan. Kat sini juga, rangka dinasour ditemui. Tetapi dinasour tu dah dibawa ke muzium di Amerika. Dikatakan, dinasour tu panjangnya 150 meter.

Zigzag mountain



Di sini terdapat batu yang bewarna dan dikatakan digunakan untuk kegunaan temple. Entahlah, sebab masa ni tak concentrate apa yang pak cik tu cakap. Lain kali pay attention, time pak cik tourist guide explain yer..

Sand dunes



Tak berani nak berdiri masa luncur. So, duduk pun  takpe la. 


Kali ni kami dibawa pula untuk sandboarding. Seronok sangat time ni. Pasir kat sini jauh lebih halus dari pasir kat pantai.

Selepas itu, kami ke cafeteria untuk makan dan solat sebelum ke kawasan perkhemahan.

White desert



bentuk ayam

Bentuk cendawan
Kawasan ini digelar white desert kerana adanya batu-batuan putih. Batu-batuan ini menyerupai pelbagai bentuk seperti ayam, cendawan, dan dll. Mengikut pak cik driver kami, kawasan padang pasir ini dahulunya  adalah laut dan batuan putih tu adalah batu karang. tergamam kami seketika. Yela, kawasan padang pasir ni dulu adalah laut..?? subhanalllah ..


Kami tiba di tapak perkhemahan pada waktu malam. Malam tu, kami ada BBQ. Unggun api menjadi penyelamat daripada kesejukan malam. Tak pernah rasa sesejuk ni. Menanti pagi, hanya Allah yang tahu betapa sengsara. Dengan suhu dibawah 4 degree, huhh mmg menggeletar satu badan.. Walaupun kami dah diberi sleeping bag dan selimut, tapi still terasa sejuk. Ada diantara kawan yang melilau kat padang pasir dan dapat la diorang tengok tahi bintang. Zati tak join diorang sebab tak tahan sejuk.

Paginya, kami bertayammum untuk solat subuh. First time in my life buat tayammun. Sebelum ni buat amali kat sekolah jer.  Ok, pengalaman yang paling lucu adalah bila nak ke toilet. Kat padang pasir ni mana ada toilet!!! Toilet open ada la. Jadi, tandas kami adalah dibina dengan dilindungi oleh teman-teman, di atas padang pasir, dan di sebalik batuan putih..

Hari ketiga 3 Febuari 2013

Flower mountain



Ok, kat sini best sebabnya banyak batu kecil yang comel-comel macam bunga boleh jumpa kat sini. Batu ni tak macam biasa, sebab kita boleh jumpa silver ataupun metal dalam batu ni kalau kita pecahkan. Lagipun, kalau ketuk batu ni, bunyinya macam besi yang diketuk. Dikatakan, kawasan ini ada kaitannya dengan nabi Yunus. Ingat tak, yang nabi Yunus pernah berada dalam perut ikan Nun? Jadi, kawasan ni adalah tempat di mana nabi Yunus dimuntahkan oleh ikan Nun.

El-akabat

Kat sini, xde gambar sebab masa ni dah letih. Fikir nak balik Tanta jer.. hahaa.

Crystal mountain




First time tengok gunung kristal. Biasanya tengok kristal kat kedai jer, tak pun masjid kristal.. =D Cantik sangat. Kalau terkena matahari, berkilau-kilau kot.


Pada pukul 4 petang, kami pun bertolak pulang ke Cairo. Pengalaman berada di padang pasir memang best.

Busy life started again 
Dah hampir sebulan cuti winter, kuliah dah nak start. Doakan yang terbaik untukku disini yer. Moga musafirku ini, musafir yang diredhai-Nya.

Wassalam...





Wednesday, 30 January 2013

Dumyat Mesir

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pada 27 januari 2013 zati berpeluang ke salah satu negeri (muhafazah) di Mesir yang tak kurang hebatnya dari segi pelancongan iaitu dumyat. Perjalanan dari Tanta ke Dumyat mengambil masa lebih kurang 3 jam. Dumyat merupakan sebuah tempat yg sangat cantik, bgunan yg tersusun dan penduduknya pun tak ramai. Macam bandar yg tak berpenghuni.. huhuu..

                                                              We love Malaysia!!!


Pantai dumyat

Selepas itu ke Ra's al bahr, iaitu tempat di mana pertemuan antara Sungai Nil dan laut Mediterranian di mana disebut dalam Al-Quran:  

 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu. Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. (Surah ar-rahman, ayat 19-20).


Ditempat ini juga, dikisahkan bahawa nabi Musa a.s berjumpa dengan nabi khidir a.s untuk belajar (surah kahfi, ayat 60-82)

So, sesiapa yang belum tahu mengenai kisah antara nabi musa a.s dgn nabi khidir a.s, bolehlah baca Quran tafsir yer.. =D






Ok, ni peta yg menunjukkan bermulanya sungai Nil di Afrika, seterusnya ke Burundi, Rwanda, Congo. Tanzania, Kenya, Uganda, Ethiopia dan berakhir di Mesir ( 6650 km).

Mengikut perancangan, kami akan ke Port Said ( tempat membeli-belah). Tetapi, disebabkan berlakunya rusuhan disana yg mengorbankan berpuluh nyawa, jadi terpaksalah dibatalkan untuk keselamatan...

Sekian..



Sunday, 20 January 2013

pre-dental

bismilahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, akhirnye pre-dental dah pun berlalu dan skrg tgh bertungkus-lumus untuk memahami subjek first year dentistry plak.. Ok, post ni just nak share apa yg zati belajar masa pre-dental tahun lepas.. Basically, pre- dental student di Tanta University ni akan belajar 9 subjek.. Banyakkan...?? Tapi, SPM pun bnyk gak subjek dye kan?? Cuma, maybe pre-dental nie lebih complicated..ye ke?? cam same susah jer.. yela.., belajar apa pun semua susah kan. xde yg senang. =D

Ni antara list subjek-subjek pre-dental

  1. Oral marphology
  2. Dental material
  3. Physics
  4. Chemistry
  5. Zoology
  6. General histology
  7. General anatomy
  8. Medical terminology and english
  9. Human right


Ok, jom kite tgk ape yg perlu tau dlm setiap subjek nie..
  1. Oral marphology
Dalam subjek ni, kite perlu tau secara details pasal setiap gigi. Kena hafal nama dye, dan cmne bentuk setiap gigi tu dr pelbagai aspect.. Mmg klu nk ingat tu agak sakit cket cbb gigi kite ade bnyk, setiap satu gigi plak bentuk lain-lain dan kne compare lg dgn deciduos and permanent plak tu... Susah..??? Tapi disebalik kesusahan tu pasti ade kesenangan kan?? 

Untuk subjek nie ada practical. Kita akn bljar macam mane nak hasilkan gigi dgn menggunakan lilin. Nak buat 1 batang gigi paling cepat mengambil masa hampir 50 minit.. Naaa,,, cuba bayangkan klu da sampai step terakhir utk siapkan gigi, tetiba jer patah.. tak ke burn jer masa 50 minit tu cbb kne buat semula ..tak termasuk lagi gigi yang kne reject dgn doctor.. Tensionnn..!! Tp, org cakap practise makes perfect..





   2. Dental material

Dalam subjek ni, belajar tentang ciri-ciri yg perlu ade dalam setiap bahan utk tampalan gigi.. Contoh, physical properties, mechanical properties, casting principles, dll... Subjek ni xde practical. 

  3. Physics

Naaa,,, ingatkan da tak jupe dah physics lepas SPM.. ade lagi rupenye... Subjek nie ade 4 buku, iaitu properties of matter, heat, light and optic & electricity and magnetism.. Subjek nie ad practical dan nak bgtau exam practical physics susah!!!

4. Chemistry

Subjek nie, lebih kurang macam fizik tp more better than physics.. Ad practical, tp boley tgk buku masa exam practical.

5. Zoology

Subjek nie ade 4 bahagian iaitu systematic zoology, genetic, physiology of animal and histology of animal. Banyak sngt kena baca dalam subjek nie. Zoology nie lebih kpd belajar tentang  parasit dan katak.. Kadang-kadang terfikir ape kaitan zoology dgn dentistry nie.?? Sem 2, kite akan bedah katak. haaaa, bab bedah katak nie, teringat plak masa exam. Masa tu, tersilap potong paru-paru (lung) katak tu. Alamak, camne nie!! So, ttiba terfikir utk sumbat balik lung tu kat celah-celah jantung katak. Tp, nasib baik la doktor just tgk jer.. tak pegang katak tu.. klu tak, kantoi...



6. General histology

Histology ni belajar ttg tissue, muscle,epithelium, tgk slide, dll...  Senang cket klu nak banding subjek lain.. 

7. General anatomy

Belajar ttg tulang dan organ dalam badan.. Simple jika nak dibandingkan dgn anatomy head & neck first year dentistry..

skull .. utk pre dental x bljar detail sngt. Just perlu tau yg simple2 jer.  Tp, bila msuk first year akan bljar lebih mendalam dlm head and neck. 

8. Medical terminology and english

Simple dan just perlu hafal.. Tak sesusah macam english SPM..

9. Human right

Hafal..


Ok, kehidupan sebagai pre dental student agak sibuk cbb jadual padat.. Pergi kelas pagi dan balik plak malam. Sistem kat uni tanta nie tak  macam universiti2 yang ad kat msia.. Maksudnyer, jadual dyeorg xde gap utk solat atau mkn.. So, kena pandai amek masa la utk solat dan makan.

Sampai disini ajer.. Just nak share : Allah berjanji dalam surah Al-Insyirah ayat 5-6 yang mana, setiap kesusahan ada kemudahan. Betapa Allah mahu kita bersabar. Sesungguhnya kejayaan adalah milik orang yang sabar.


5.) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (6.) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.  (Surah Al-Insyirah)
 

Monday, 26 November 2012

culture day'12

Assalamualaikum...

Tak kenal maka tak cinta.. Pada 3 & 4 november 2012, perubatan cawangan tanta telah mengadakan satu event yang dinamakan sebagai culture day. Tujuan program ni diadakan adalah untuk memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia dan Mesir.


Conference Hall, Tanta University.

 



Antara budaya Malaysia yang diperkenalkan kepada orang arab adalah tentang budaya perkahwinan orang melayu, silat, dikir barat, kompang, dll...








Ok, nie plak adalah budaya ( tarian) orang arab..

1. Tarian gelek arab ( Raqs Shar'qi)





 2 lagi tarian kt bawah nie tak tau la plak nama dye.. huhux..





Sebelum majlis berakhir, lagu tema majlis ( One Big Family- Maher Zain) dinyanyikan oleh pelajar melayu dan arab .





Sekian...